Friday, April 1, 2011

Wanita Perungkai Benang


Satu ketika di suatu tempat. Seorang wanita menanti dengan penuh harap agar dia dipinang. Seorang demi seorang temannya sudah mendapat teman pendamping. Dia adalah anak gadis kepada seorang pembesar dan berharta pula, namun jodoh masih belum berpihak kepadanya.

Hari berganti hari sehingga orang tuanya meninggal. Dia kemudian dilamar oleh sepupunya. Selepas berkahwin, berbongkar satu muslihat. Sepupunya ini hanya mahukan hartanya sahaja. Apabila mendapat apa yang diinginkan, dia pergi meninggalkan wanita ini.

Akibat kecewa dan mahu melekakan diri daripada mengenangkan nasibnya, dia mengupah beberapa orang gadis mengait selembar kain untuknya. Apabila malam, dia merungkai semula benang-benang itu. Dia lakukan begitu sehingga dia meninggal dunia.

Duhai wanita yang masih belum dimiliki, apakah kamu mahu membiarkan diri kamu tenggelam dalam lamunan kecewa? Apakah tidak sebaiknya penantian itu diisi dengan kerja untuk agama? Jodoh pasti akan datang. Sekiranya bukan di dunia, di akhirat itu sudah pasti.