Sunday, July 3, 2011

Ulang cetak ke-3!

Alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan.
Terima kasih kepada pembaca Semanis Tart Ceri.

Sunday, June 26, 2011

Bakal Terbit. Detik-detik Constantinople

Kajian sejarah berkaitan kerajaan Uthmāniyyah.

Pembukaan Constantinople menandakan bermulanya lembaran baru dalam sejarah umat manusia terutama bagi masyarakat Eropah.

Pembukaan kota ini mewujudkan beberapa polemik. Pertama umat Islam di seluruh dunia begitu berbangga dan meraikan kejayaan gemilang sehingga seolah-olah kemenangan ini menunjukkan umat Islam telah berada di puncak kejayaan yang paling tinggi. Kedua pembukaan ini menjadi salah satu punca dan sebab utama terhadap kebangkitan masyarakat Eropah.

Pembukaan Constantinople memberikan tamparan yang paling hebat terhadap mereka, antara kesan yang paling menonjol adalah, ia menjadi titik sebenar berakhirnya Zaman Pertengahan (Middle Ages) dan munculnya zaman Renaissance. Zaman yang merubah corak dunia sehingga ke hari ini dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, sosial, ketenteraan dan sebagainya.

Dalam masa yang singkat sahaja selepas itu, masyarakat Eropah dapat mencipta satu rekod penting dalam sejarah dunia dalam bidang ekonomi, politik dan sosial hingga ke hari ini.

Friday, April 1, 2011

Wanita Perungkai Benang


Satu ketika di suatu tempat. Seorang wanita menanti dengan penuh harap agar dia dipinang. Seorang demi seorang temannya sudah mendapat teman pendamping. Dia adalah anak gadis kepada seorang pembesar dan berharta pula, namun jodoh masih belum berpihak kepadanya.

Hari berganti hari sehingga orang tuanya meninggal. Dia kemudian dilamar oleh sepupunya. Selepas berkahwin, berbongkar satu muslihat. Sepupunya ini hanya mahukan hartanya sahaja. Apabila mendapat apa yang diinginkan, dia pergi meninggalkan wanita ini.

Akibat kecewa dan mahu melekakan diri daripada mengenangkan nasibnya, dia mengupah beberapa orang gadis mengait selembar kain untuknya. Apabila malam, dia merungkai semula benang-benang itu. Dia lakukan begitu sehingga dia meninggal dunia.

Duhai wanita yang masih belum dimiliki, apakah kamu mahu membiarkan diri kamu tenggelam dalam lamunan kecewa? Apakah tidak sebaiknya penantian itu diisi dengan kerja untuk agama? Jodoh pasti akan datang. Sekiranya bukan di dunia, di akhirat itu sudah pasti.



Thursday, March 31, 2011

3 Hati

Alhamdulillah, semalam editor beritahu yang novel ini diulang cetak. Terima kasih Tuhan :)


Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang setia dan suka dengan novel ini. Semoga Allah merahmati kalian.

Tuesday, February 8, 2011


Giliran GG PSP diulang cetak. Alhamdulillah :D