Wednesday, November 18, 2009

Anak Nigeria dengan lagu 10 Malaikat.

Seorang anak murid saya merupakan pelajar dari Nigeria. Hari itu saya mengajarnya membuat jahitan teknik basic stitch. Dia menjahit di atas kertas tebal berwarna yang telah saya tebuk lubang disekelilingnya. Kertas itu saya potong menjadi seekor ladybug.

Sambil dia menjahit, saya mengusiknya, "Cuba nyanyikan cikgu satu lagu berbahasa Nigeria."
Dia menjeling saya sambil tersenyum.
Saya mengira, "Satu, dua tiga..."
Anak murid saya menarik nafas dan mula menyanyi,

Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun Iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya......

Jibril Mikail
Ridhwan Malik
Roqib Atid
Munkar Nakir
Izrael Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya.

Saya mengerutkan kening, "Itu lagu melayu."
Anak murid saya menyeringai manja dan meneruskan jahitannya.

Zaman kecilku

Dahulu jika pulang ke kampung, saya tidak ada kawan. Abang Seri sudah bermain bersama sepupu. Wandi sudah seperti belangkas dengan Paman Rashid (bapa saudara kami yang bongsu-usia mereka sebaya).

Saya cuma ada Bibik Alus, tapi usianya sebaya Seri. dia ada kawan-kawannya sendiri.Apa yang saya buat? Saya pergi mencari kawan saya sendiri. Namanya Gumek (Arwah Fatimah - saya tahu namanya yang sebenar setelah dia meninggal dunia).

Saya berjalan seorang diri di dalam kebun getah dari rumah Embah Salamah ke rumah Embah Fathonah untuk bermain bersama Gumek. Ada seorang perempuan dewasa di dalam rumah dan saya merasa sangat takut. Saya meminta izin untuk bermain bersama Gumek dengan perasaan gementar. Kami bermain masak-masak di halaman. Meracik daun dan bunga halus-halus kemudian kami isi ke dalam bekas-bekas pasu yang pecah. Apabila tengahari, wanita dewasa itu memanggil Gumek untuk naik ke rumah. Saya akan berdiri di halaman sambil memerhatikan Gumek naik. Saya tidak berani untuk ikut sama. Kemudian sayapun pulang.

Tahun-tahun berikutnya mereka pindah dan teman saya hanyalah Bibik Alus. Seronok juga bersamanya. pergi mandi di bukit, mencari pakis, menoreh, mengutip biji getah, mencari ramban (ketika pulang, saya akan duduk di atas ramban yang diikat di karia basikal. pemandangan saya sungguh luas kerana badan saya lebih tinggi daripada kepala Bibik Alus.

Allah mengaturkan saya mengetahui nama sebenar Gumek dengan cara yang unik. Saya akan ceritakan kemudian.

Tuesday, October 13, 2009

Wednesday, September 30, 2009

Tawanan Mimpi 2.




















Segala puji untuk Allah atas terbitnya novel ke dua ini.

Zaman Batu Tidak Wujud.

Era zaman batu sengaja dicipta untuk menunjukkan bahawa Teori Evolusi itu benar.
Teori ini menyatakan manusia berasal daripada beruk.


"Evolusonis menyatakan bahwa manusia pertama adalah makhluk setengah-kera dengan bentuk tubuh dan kemampuan akalnya berkembang seiring dengan perjalanan waktu.

Walaupun para Evolisionis ini tidak mempunyai bukti ilmiah, mereka telah menyatakan bahawa nenek moyang purba kita menjalani hidup sebagai binatang. Mereka ini kemudian menjadi beradab setelah mereka menjadi manusia. Kemajuan budaya yang mereka miliki, diperolehi seiring dengan bertambah majunya kemampuan akal mereka.

Mereka mencipta gambar-gambar khayalan yang disebut sebagai Manusia purba.Manusia purba ini digambarkan memakai baju dari bulu binatang, membuat api sambil mencangkung di bawah kulit binatang, berjalan di sepanjang tepi pantai sambil memikul haiwan yang baru saja dibunuh,berusaha berkomunikasi dengan sesama mereka dengan menggunakan gerakan isyarat dan bersungut-sungut. Semua ini adalah gambar rekaan yang tidak ada bukti ilmiah sedikit pun." (Petikan dari web Harun Hahya)


Bahan-bahan sejarah yang ditemui menunjukkan bahawa manusia sejak zaman berzaman telah menjalahi kehidupan seperti kita pada hari ini.

Sila lawati web ini untuk untuk meklumat lanjut.
http://www.harunyahya.com/indo/index.php

Tuesday, August 4, 2009

Program Cuti Sekolah Ogos '09

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan.

Insya Allah cuti sekolah akan menjelang tidak berapa lama lagi.

Kami di The Little Khalifah Shop telah menyusun beberapa program
untuk memenuhi masa cuti anak-anak tuan/puan.

Program yang kami sediakan ini khas untuk anak-anak berusia 5 tahun dan ke atas.
Yuran bagi setiap kelas adalah RM 35.00 seorang.


Terima kasih dan selamat menyambut bulan Ramadhan.

The Little Khalifah Shop.
2750A Jalan Changkat Permata
Taman Permata
53300 Kuala Lumpur.

No. tel: 03 4147 2626.
http://khalifahshop.blogspot.com/

Kelas Memasak Little Khalifah



Isnin 24 Ogos
2.30 – 5.00 petang

Bengkel Kraf



Selasa 25 Ogos
10.00 pagi – 12.30 t/hari

Story Telling & Arts ‘n’ Craft


















Rabu 26 Ogos
10.00 pagi – 12.30 t/hari
Story: Quran Stories for Little Beliver: The Story of The Fly
Craft: The Fly Hanger

T-shirt Painting

Khamis 27 Ogos
2.30 – 5.00 petang

Kelas Memasak Little Khalifah




Jumaat 28 Ogos
2.30 – 5.00 petang

Friday, July 17, 2009

Zaman batu itu, bila?

Seorang ibu bertanya, "Zaman Nabi Daud sudah beribu tahun lampau. Pada zaman itu sudah ada kemahiran membuat barang daripada besi. Zaman Nabi Adam, anak-anaknya sudah berladang gandum dan menternak kambing. Jadi zaman batu yang orangnya bercawat dan merejam binatang itu, bila masanya...?


Si anak yang mendengar pertanyaan itu hanya diam sambil memusingkan anak mata 180 darjah ke kiri.

Tuesday, May 26, 2009

Tempe oh tempe

Keluarga Embah Puteriku sedang sibuk melakukan persiapan untuk kenduri perkahwinan Bibik Yah. Aku dan Bibik Ram ditugaskan membuat tempe. Ini adalah kali pertama aku terlibat dalam proses pembuatan tempe.

Setelah tempe siap dikeringkan dan diragi, tiba ke acara bungkus-membungkus. Aku dan Bibik Ram dengan penuh bersemangat serta menurutkan hawa nafsu telah membungkus tempe tersebut besar-besar dan gemuk-gemuk.

Sambil itu kami bercakap-cakap, "Jika di kedai, tiada tempe yang sebesar ini."
Bibik Ram menjawab, "Yalah, mereka itu mahu untung saja."

Tiba-tiba emakku muncul dari arah belakang, "Hei! besar-besar begitu, tidak masak tempe itu nanti."

Kami berdua dengan tersengih-sengih, membuka kembali bungkusan tempe-tempe itu dan meluakkan isinya.

Allah akan melindungi 7 golongan pada hari kiamat.

Allah akan melindungi 7 golongan pada hari kiamat.
1. Pemimpin yang adil.















2. Anak muda yang membesar dengan beribadat kepada Allah.
3. Orang yang hatinya terpaut ke masjid.
4. 2 orang yang saling mencintai kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang menolak ajakan seorang wanita jelita agar berzina dengannya dan lelaki itu berkata, "Aku takut kepada Allah."
6.Orang yang mendermakan harta kekayaannya secara diam-diam.
7. Orang yang mengasingkan diri untuk mengingati Allah dan selalu menangis.

Saturday, May 16, 2009

Program Cuti Sekolah.

Assalamualaikum adik-adik.

Cuti sekolah kembali lagi. The Little Khalifah Shop ingin menjemput adik-adik untuk menimba pengalaman yang istimewa sepanjang cuti ini.

Kami telahpun menyediakan pelbagai aktiviti untuk adik-adik sertai.

Isnin
1/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Fish n Chip.
Masa: 2.30-5.30ptg
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas







Selasa
2/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Chocolate Cup Cake.
Masa: 10.00-12.30 t/hari
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas









Rabu-Tiada

Khamis
4/6/2009
T-Shirt Painting
Masa: 2.30.-5.00ptg
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas









Jumaat
5/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Mee Goreng Mamak.
Masa: 10.00-12.30t/hari
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas

Isnin
8/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Lasagna
Masa: 2.30-5.30ptg
Yuran: RM 40.00
Usia: 6 tahun ke atas











Selasa & Rabu
9 & 10 /6/2009
Basic Cross Stitch
Masa: 10.00-12.30t/hari
Yuran: RM 55.00
Usia: 8 tahun ke atas












Khamis- Tiada

Jumaat
12/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Spaghetti
Masa: 10.00-12.30t/hari
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas

Telefon sekarang untuk pendaftaran.
03 4147 2626.

Kami menunggu kedatangan adik-adik!

Wednesday, May 13, 2009

Cup cake untuk Ibu


Kawan-kawan, mari bersama Junior Emir untuk menyediakan cup cake yang istimewa untuk ibu kawan-kawan.

Untuk menyertai kelas ini, kawan-kawan boleh lihat maklumat di bawah:

Tarikh : Ahad ,17hb Mei 2009
Masa: 10pagi - 2ptg
Usia: 7 - 12 tahun

Yuran :RM 35.00

Tempat : No 30, Jalan 8/13
Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
(berdekatan dengan surau al-Amin )

Untuk pendaftaran sila hubungi:
012-623-2101 (shida) or 019-357-1719 (siti hajar)

Oh ya, jangan lupa bawa bersama apron kawan-kawan.
Jumpa di sana!

Saturday, May 2, 2009

Kumpul Harta.


Dia: Umur kita ni semakin meningkat. aku risau betul kerana masih belum ada apa-apa.

Aku: Apa-apa tu apa?

Dia: Rumah, kereta, duit simpanan. suami pun tiada.

Aku: Usia yang meningkat tu maksudnya lebih hampir kepada matikan?

Dia: Mengangguk.

Aku: Daripada engkau risau tentang benda-benda yang kau tinggalkan bila mati, lebih baik kau
tambahkan 'barang-barang' yang akan kau bawa sama bila mati nanti.

Dia: Maksud engkau?

Aku: Dalam seminggu, berapa malau kau bangun tahajud? Dalam sebulan berapa kali
engkau puasa Isnin Khamis?

Dia: (Memusing-musingkan biji mata hitam sambil memuncungkan bibir) ...............

Friday, May 1, 2009

Pemberitahuan!


Assalamualaikum.
Muslimin dan Muslimat.

Kelas hadith 40 Imam Nawawi
yang sepatutnya berlangsung
pada Ahad 10 Mei terpaksa dibatalkan
kerana Ustaz Adlan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Insya Allah kelas ini akan digantikan pada
masa yang akan diberitahu kelak.

Terima Kasih.

Thursday, April 30, 2009

Intensif Dakwah Training Fasa 1

Tarikh:
9 & 10 Mei 2009 (Sabtu & Ahad).
Tempat:
Masjid Bukit Indah, Ampang.
Masa:
8 pagi – 5.30ptg .
Perantaraan:
Bahasa Melayu.
Speakers:
Bro Lim Jooi Soon & Bro Amin Yaacob.

Yuran: RM 120 untuk bukan pelajar, RM 100 untuk pelajar.





Kandungan kursus:
Kewajipan berdakwah
Sejarah agama Kristian
Bible Study
Kepercayaan agama Buddha
Kepercayaan agama Hindu
Salah tanggapan terhadap Islam
Sesi soal jawab

Untuk pendaftaran sila hubungi:
019 263 6067

Intensif Dakwah Training Fasa 2


Tuesday, April 21, 2009

Date: Sunday, 26th April 2009
(Telah tertinggal tarikh di dalam poster, malas pula nak baiki.)

Tuesday, April 7, 2009

Kursus Intensif Perbandingan Agama

Alhamdulillah pada bulan Mac yang lalu saya telah berkesempatan menghadiri Kursus Intensif Perbandingan Agama anjuran Perkim Ampang.

Segala puji kepada Allah yang telah memilih saya bagi menyertai program ini. Kursus ini telah membantu saya untuk lebih menghargai dan cinta kepada Islam.

Kursus ini akan diadakan sekali lagi pada hujung minggu ini. Kepada sesiapa yang berminat, berikut adalah butiran mengenai program ini.

Tarikh:11 & 12 April 2009 (Sabtu & Ahad).
Tempat:Masjid Bukit Indah, Ampang.
Masa: 8 pagi – 5.30ptg .
Perantaraan:Bahasa Melayu.
Speakers:Bro Lim Jooi Soon & Bro Amin Yaacob.
Yuran:RM 120 untuk bukan pelajar, RM 100 untuk pelajar.

Kandungan kursus:

Kewajipan berdakwah
Sejarah agama Kristian
Bible Study
Kepercayaan agama Buddha
Kepercayaan agama Hindu
Salah tanggapan terhadap Islam
Sesi soal jawab

Untuk pendaftaran sila hubungi:
019 263 6067

Tuesday, March 10, 2009

Pandangan pembaca.





S
ATU BUKU..TAWANAN MIMPI
http://princessfrogy.blogspot.com/

Assalamualaikum..sekarang princessfrogy menyahut cabaran satu hari sebuah buku. iyalah saya pun tak tahu nak buat apa lagi kat rumah ni. aktiviti belajar kereta sudah semakin hari semakin tiada. penat juga nak tunggu cik ina hantar mesej...(bila lagi saya boleh belajar kereta ..takut saya lupa nanti..hikhikhik) dalam waktu sengang ni lah saya baca buku. kalau rajin dalam sehari tu dapatlah dua buah tapi kalau dah malas tu satu jela.

Biasanya sebelum tidur saya akan baca buku. saya masuk ke dalam perpustakaan keluarga saya dua tiga hari lepas.. saya belek2 lah buku yang kami sekeluarga beli hujung tahun lepas...dalam timbunan buku tu saya nampak la buku tawanan mimpi oleh Maslina Ngadiman. keluaran pts. tak silap saya, saya yang pilih buku ni kat kedai MPH dulu. dah beberapa bulan dalam perpustakaan tu baru saya baca..dasyaht2. nasib baikla ada bahan bacaan pada waktu kebosanan begini.. trima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana telah menyediakan perpustakaan keluarga untuk kitorang. PERPUSTAKAAN HASDIN & KELUARGA.BUKU NI MENARIK MINAT SAYA.

Pada mulanya saya fikir buku ini macam cerita magis dan aksi serta penyiasatan yang biasa2 saja tapi......buku ni banyak manbari nasihat secara halus dan ikut adat melayu gitu...takdelah terang-terangan tapi sedikit berkias-kias. penulis juga memgemukakan pandangan beliau terhadap beberapa isu dan perkara mengenai remaja..kehidupan..sosial dan hiburan. mula-mulanya takut juga nak baca kerana saya tak suka baca buku yang seram..(melalui pengamatan saya terhadap tajuk buku..huhuhu) tapi bila dah baca..sungguh seronok dan begitu teruja sekali. hehehe.

Tuesday, February 24, 2009

Riang Ria Cuti Sekolah

Untuk mengetahui program cuti sekolah di
The Little Khalifah Shop,
sila layari

Wednesday, February 18, 2009

Pertemuan Penulis di Rumah Pena.
















































Bertempat di Rumah Pena, satu perjumpaan penulis novel dengan PTS One telah berlangsung. Perjumpaan ini telah dapat menyuntik semangat saya untuk cepat-cepat menyiapkan Tawanan Mimpi 2.
Terima kasih kepada PTS One dan tahniah untuk program yang sangat bermanfaat ini.

7 golongan yang dilindungi di akhirat.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad berkata, "Allah akan melindungi tujuh golongan pada hari ketika tidak ada lagi tempat berlindung selain Dia."
Direkodkan oleh Bukhari.
bersambung.......

Friday, January 16, 2009

Nenek dan daun pandan


Cucu: Kenapa nenek ambil daun pandan? nenek mahu buat kueh?
Nenek: Tidak, tetapi ada orang meninggal.
Cucu: Mengapa guna daun pandan?
Nenek: Daun pandan ini akan di potong halus untuk di buat bantal.
Cucu: Tidak bolehkah gunakan sahaja bantal yang sedia ada?
Nenek: Tidak boleh. Mesti gunakan bantal daun pandan.
Cucu: Hemmm........orang Islam di arab atau di kutub, mereka mahu cari di mana daun
pandan jika ada orang mati?
Nenek: .............................
(Berdasarkan kisah benar yang pernah dialami oleh penulis)

Thursday, January 8, 2009

Hari Kanak-Kanak Islam @ Surau Muttaqin Taman Melati.




























Berkerjasama menyiapkan Jigsaw Puzzle Masjid al-Aqsa









Peserta peraduan melukis - siap meniarap!










Peserta peraduan mewarna.