Tuesday, May 26, 2009

Tempe oh tempe

Keluarga Embah Puteriku sedang sibuk melakukan persiapan untuk kenduri perkahwinan Bibik Yah. Aku dan Bibik Ram ditugaskan membuat tempe. Ini adalah kali pertama aku terlibat dalam proses pembuatan tempe.

Setelah tempe siap dikeringkan dan diragi, tiba ke acara bungkus-membungkus. Aku dan Bibik Ram dengan penuh bersemangat serta menurutkan hawa nafsu telah membungkus tempe tersebut besar-besar dan gemuk-gemuk.

Sambil itu kami bercakap-cakap, "Jika di kedai, tiada tempe yang sebesar ini."
Bibik Ram menjawab, "Yalah, mereka itu mahu untung saja."

Tiba-tiba emakku muncul dari arah belakang, "Hei! besar-besar begitu, tidak masak tempe itu nanti."

Kami berdua dengan tersengih-sengih, membuka kembali bungkusan tempe-tempe itu dan meluakkan isinya.

Allah akan melindungi 7 golongan pada hari kiamat.

Allah akan melindungi 7 golongan pada hari kiamat.
1. Pemimpin yang adil.















2. Anak muda yang membesar dengan beribadat kepada Allah.
3. Orang yang hatinya terpaut ke masjid.
4. 2 orang yang saling mencintai kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang menolak ajakan seorang wanita jelita agar berzina dengannya dan lelaki itu berkata, "Aku takut kepada Allah."
6.Orang yang mendermakan harta kekayaannya secara diam-diam.
7. Orang yang mengasingkan diri untuk mengingati Allah dan selalu menangis.

Saturday, May 16, 2009

Program Cuti Sekolah.

Assalamualaikum adik-adik.

Cuti sekolah kembali lagi. The Little Khalifah Shop ingin menjemput adik-adik untuk menimba pengalaman yang istimewa sepanjang cuti ini.

Kami telahpun menyediakan pelbagai aktiviti untuk adik-adik sertai.

Isnin
1/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Fish n Chip.
Masa: 2.30-5.30ptg
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas







Selasa
2/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Chocolate Cup Cake.
Masa: 10.00-12.30 t/hari
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas









Rabu-Tiada

Khamis
4/6/2009
T-Shirt Painting
Masa: 2.30.-5.00ptg
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas









Jumaat
5/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Mee Goreng Mamak.
Masa: 10.00-12.30t/hari
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas

Isnin
8/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Lasagna
Masa: 2.30-5.30ptg
Yuran: RM 40.00
Usia: 6 tahun ke atas











Selasa & Rabu
9 & 10 /6/2009
Basic Cross Stitch
Masa: 10.00-12.30t/hari
Yuran: RM 55.00
Usia: 8 tahun ke atas












Khamis- Tiada

Jumaat
12/6/2009
Kelas Memasak Little Khalifah.
Spaghetti
Masa: 10.00-12.30t/hari
Yuran: RM 35.00
Usia: 6 tahun ke atas

Telefon sekarang untuk pendaftaran.
03 4147 2626.

Kami menunggu kedatangan adik-adik!

Wednesday, May 13, 2009

Cup cake untuk Ibu


Kawan-kawan, mari bersama Junior Emir untuk menyediakan cup cake yang istimewa untuk ibu kawan-kawan.

Untuk menyertai kelas ini, kawan-kawan boleh lihat maklumat di bawah:

Tarikh : Ahad ,17hb Mei 2009
Masa: 10pagi - 2ptg
Usia: 7 - 12 tahun

Yuran :RM 35.00

Tempat : No 30, Jalan 8/13
Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
(berdekatan dengan surau al-Amin )

Untuk pendaftaran sila hubungi:
012-623-2101 (shida) or 019-357-1719 (siti hajar)

Oh ya, jangan lupa bawa bersama apron kawan-kawan.
Jumpa di sana!

Saturday, May 2, 2009

Kumpul Harta.


Dia: Umur kita ni semakin meningkat. aku risau betul kerana masih belum ada apa-apa.

Aku: Apa-apa tu apa?

Dia: Rumah, kereta, duit simpanan. suami pun tiada.

Aku: Usia yang meningkat tu maksudnya lebih hampir kepada matikan?

Dia: Mengangguk.

Aku: Daripada engkau risau tentang benda-benda yang kau tinggalkan bila mati, lebih baik kau
tambahkan 'barang-barang' yang akan kau bawa sama bila mati nanti.

Dia: Maksud engkau?

Aku: Dalam seminggu, berapa malau kau bangun tahajud? Dalam sebulan berapa kali
engkau puasa Isnin Khamis?

Dia: (Memusing-musingkan biji mata hitam sambil memuncungkan bibir) ...............

Friday, May 1, 2009

Pemberitahuan!


Assalamualaikum.
Muslimin dan Muslimat.

Kelas hadith 40 Imam Nawawi
yang sepatutnya berlangsung
pada Ahad 10 Mei terpaksa dibatalkan
kerana Ustaz Adlan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Insya Allah kelas ini akan digantikan pada
masa yang akan diberitahu kelak.

Terima Kasih.