Tuesday, March 10, 2009

Pandangan pembaca.





S
ATU BUKU..TAWANAN MIMPI
http://princessfrogy.blogspot.com/

Assalamualaikum..sekarang princessfrogy menyahut cabaran satu hari sebuah buku. iyalah saya pun tak tahu nak buat apa lagi kat rumah ni. aktiviti belajar kereta sudah semakin hari semakin tiada. penat juga nak tunggu cik ina hantar mesej...(bila lagi saya boleh belajar kereta ..takut saya lupa nanti..hikhikhik) dalam waktu sengang ni lah saya baca buku. kalau rajin dalam sehari tu dapatlah dua buah tapi kalau dah malas tu satu jela.

Biasanya sebelum tidur saya akan baca buku. saya masuk ke dalam perpustakaan keluarga saya dua tiga hari lepas.. saya belek2 lah buku yang kami sekeluarga beli hujung tahun lepas...dalam timbunan buku tu saya nampak la buku tawanan mimpi oleh Maslina Ngadiman. keluaran pts. tak silap saya, saya yang pilih buku ni kat kedai MPH dulu. dah beberapa bulan dalam perpustakaan tu baru saya baca..dasyaht2. nasib baikla ada bahan bacaan pada waktu kebosanan begini.. trima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana telah menyediakan perpustakaan keluarga untuk kitorang. PERPUSTAKAAN HASDIN & KELUARGA.BUKU NI MENARIK MINAT SAYA.

Pada mulanya saya fikir buku ini macam cerita magis dan aksi serta penyiasatan yang biasa2 saja tapi......buku ni banyak manbari nasihat secara halus dan ikut adat melayu gitu...takdelah terang-terangan tapi sedikit berkias-kias. penulis juga memgemukakan pandangan beliau terhadap beberapa isu dan perkara mengenai remaja..kehidupan..sosial dan hiburan. mula-mulanya takut juga nak baca kerana saya tak suka baca buku yang seram..(melalui pengamatan saya terhadap tajuk buku..huhuhu) tapi bila dah baca..sungguh seronok dan begitu teruja sekali. hehehe.